
Sulit
3 tahun
Pendarahan pada bahagian sulit
Saya wanita berusia 22 tahun . Sy mengalami masalah haid tidak teratur dari awal remaja . Tapi semenjak tahun lepas sy tidak datang haid hampir setahun dan apabila sy datang haid sngt lama dan mengeluarkan darah berwarna coklat , kadang2 merah , dan ada bau yg tidak menyenangkan . Dan selepas sy berkahwin , sy mengalami pendarahan setiap kali sy melakukan hubungan bersama suami . Adakah sy mengalami simptom2 penyakit pada rahim

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah haid yang tidak teratur, tidak datang haid hampir setahun, mengeluarkan darah haid berwarna coklat, mengalami pendarahan setiap kali melakukan hubungan bersama suami dan berasa khuatir sekiranya anda mengalami masalah penyakit pada rahim.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis penyakit rahim yang boleh menyebabkan simptom diatas berlaku, antaranya adalah:
- Kanser rahim
- Prolaps rahim
- Endometriosis
- Fibroid
- Keradangan pelvik
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan diagnosis yang tepat dan rawatan awal bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Kami berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan