
Anonymous
5 tahun
Pendarahan telinga atau trauma pada telinga
Anak saya yang berusia 10 tahun merupakan kanak-kanak autisme telah mengalami pendarahan pada telinganya disebabkan cotton bud yang dicucuknya sendiri ke telinganya. Saya bersihkan sendiri pendarahan tersebut selepas itu bawa dia pergi klinik. Doktor kata tak perlukan ubat hanya elakkan telinga daripada terkena air. Selepas pendarahan itu, cecair berwarna kuning pula keluar dari telinga agak banyak juga dan kerap berlaku dan ada sedikit nanah. Jadi, apa sebenarnya berlaku pada telinga anak saya dan apa yang perlu saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kesihatan yang dialami oleh anak anda.Pendarahan tersebut kemungkinan besar berlakun akibat trauma dan pengeluaran nanh adalah disebabkan oleh infeksi.Terdapat beberapa punca yang lain boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
Infeksi
Benda asing menusuk di telinga
Otits media (bengkak di dalam telinga)
Trauma
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk hal ini dengan doktor supaya rawatan yang selanjutnya dapat dilakukan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.