Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Pendermaan darah atau darah kotor

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 21, 2021 12:46 PM

Sulit 6 bulan

Saya ada saudara yang mengambil pil goyang setahun yang lalu…adakah dia dapat menderma darah?adakah darah dia dikategorikan bersih

Dr Sashini Seeni 6 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Berdasarkan penerangan anda, kami memahami kemusykilan anda tentang kelayakan pendermaan darah. Bagaimanapun, kami memerlukan maklumat terperinci daripada anda bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Untuk makluman anda, secara umum deferal pendermaan darah ini boleh berlaku semasa proses pendaftaran sebagai penderma darah, semasa menjalankan ujian pra-pendermaan darah, selepas sesi temubual pra-pendermaan darah ataupun sejurus sebelum prosedur pendermaan darah dilakukan oleh kakitangan terlatih. Deferal pendermaan darah adalah tidak layaknya seseorang menderma darah, ia boleh bersifat sementara atau kekal.

Tempoh deferal sementara boleh sesingkat 1 hari sehingga 2 tahun, manakala deferal kekal bermaksud seseorang indiidu tidak layak untuk menderma darah sepanjang hayat mereka bermula dari tarikh tidak layak tersebut.

  • Deferal sementara- masalah seperti: hemoglobin rendah (kurang darah), tekanan darah rendah, tekanan darah tinggi dan berat badan yang kurang.
  • Deferal secara kekal- penderma darah yang mempunyai masalah kesihatan seperti kanser, penyakit dalam darah, sakit jantung, dan golongan penderma-penderma yang berisiko tinggi (individu yang bertukar-tukar pasangan seks, penagih dadah secara suntikan, pelacur dan individu yang melanggani pelacur, lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki yang lain) tidak akan dibenarkan menderma darah sama sekali.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat tentang perkara ini, maklumat lanjut adalah diperlukan.

Sila klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih

Dikemaskini pada: Sun Mar 21 2021 12:46:49 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Hematologi tentang derma darah secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19