
Sulit
4 tahun
Penerangan luka pada dubur
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera Doktor
Saya berusia 27 Lelaki. Saya kerap mengalami luka pada dubur dan bengkak/ bernanah. Saya telah ke klinik untuk mengambil ubat dan sembuh tetapi hanya sementara. Sya diberi ubat antibiotik dan luka. Dalam masa 5 bulan sahaja 3 kali hal ini terjadi. Adalah luka tersebut berkaitan dengan goronea? Sebelum luka ini terjadi saya mengalami kencing bernanah dan sembuh setelah berjumpa doktor setelah diberi antibotik.
Sebelum saya mengalami kencing bernanah tersebut saya tidak pernah mengalami luka pada dubur ini. Bolehkan Doktor menglistkan apakah punca luka tersebut berlaku. Sekian Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan luka pada dubur dan bernanah, antaranya ialah:
- Anal fissure
- Jangkitan penyakit kelamin jika melakukan seks melalui dubur
- Kelenjar dubur yang tersumbat
Antara risiko yang boleh menyebabkan seseorang mudah untuk mendapat adalah:
- Keradangan usus
- Inflammatory bowel disease
- Melakukan seks melalui dubur
- Kesan ubat seperti prednisone
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.