
Sulit
3 tahun
Pengambilan Inderal Tab
Saya nak tanya, tadi saya baru lepas pergi klinik sebab ada masalah jantung berdebar secara tiba-tiba. Cuma tidak kerap jadi. Boleh dikatakan dalam sebulan sekali. Dan doktor bagi saya ubat Inderal Tab. Perlu ke saya makan ubat tu sampai habis walaupun jantung saya tidak berdebar atau makan semasa jantung saya berdebar sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, ubat Inderal biasanya perlu diambil hari-hari mengikuti dos yang ditetapkan oleh doktor anda untuk mengawalkan penyakit anda serta mengelakkan gejala jantung berdebar. Makan ubat tersebut sampai habis walaupun tidak bergejala.
Selain itu, jumpa doktor anda lagi selepas habis ubat untuk memantau perkembangan penyakit anda dan bincangkan rancangan rawatan anda dengan doktor.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Jantung.