
Sulit
4 tahun
Pengambilan pil acid folic 5mg dan susu suplement mengandungi acid folic
Salam Dr, saya seorang wanita berusia 26tahun dan hamil yang mengambil pil acid folic 5mg setiap hari sejak sebelum berkahwin. Setelah mengetahui saya hamil, saya telah minum susu suplement Anmum Materna yang turut mengandungi acid folic dan nutrisi-nutrisi yang lain. Berapakah seharusnya pengambilan maksima acid folic harian dan perlukah saya berhenti minum susu dan hanya makan pil acid folic tersebut? Terima Kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang pengambilan folic acid.
Untuk pengetahuan anda, jumlah folic acid yang disarankan untuk diambil oleh wanita mengandung adalah sebanyak 400 micrograms / 0.4 mg . Jumlah maksimum yang boleh diambil adalah 1.0mg sehari samada melalui pemakanan atau suplemen. Saya menasihatkan anda untuk periksa kembali unit microgram atau miligram pada pil tersebut.
Sekiranya pengambilan folic acid melebihi 1.0mg/sehari dan di ambil pada jangka masa yang lama, anda mungkin mengalami gejala berikut:
- Kekejangan perut
- Cirit-birit
- Ruam
- Gangguan tidur
- Ketidakselesaan perut
- Loya dan muntah
- Perubahan tingkahlaku
Namun begitu, sekiranya Doktor yang merawat anda memberikan preskripsi folic acid yang lebih tinggi kepada anda, kemungkinan terdapat sebab tertentu. Sila berbincang dengan Doktor yang merawat anda dengan lebih lanjut mengenai jumlah folic acid. Folic acid juga boleh didapati dalam pemakanan dalam jumlah yang sedikit seperti kekacang, telur, sayuran hijau dan sebagainya.