
Sulit
3 tahun
Penggunaan juice dan ubat
Saya ada masalah tentang penyakit di kelamin. Dan saya baru saja berjumpa dengan doctor dan diberi ubat antibiotik dan lain lain. Saya cuma nak bertanya boleh ke saya makan ubat yg doctor beri bersama dengan 21 century cranberry juice untuk gejala UTI ? Atau perlu ada penjarakkan waktu selepas makan ubat doctor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan di atas, kami memahami bahawa anda telah diberikan diagnosis UTI (jangkitan salur kencing). Kini anda ingin tahu keberkesanan rawatan ubat antibiotik dengan jus kranberi dan adakah memerlukan penjarakan masa bila makan kedua-duanya. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, jus kranberi amat membantu dalam merawat simptom UTI. Kajian menunjukkan ia amat bermanfaat dalam mengurangkan kadar berulang jangkitan salur kencing pada.
Jus kranberi boleh diambil bersama dengan ubat antibiotik dan tiada had masa tertentu. Jus kranberi tidak menghalang keberkesanan antibiotik untuk melawan UTI malahan ia membantu memulihkan flora normal salur kencing.
Bagi pertanyaan lanjut, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.