
Sulit
3 tahun
Penggunaan minyak yuyi
Hai…sy hamil 4 bulan,boleh ke saya sapu minyak angin yuyi di bahagian pingang…Ada kesan sampingan x pada bayi dalam kandungan saya ini.
Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham gejala yang dialami oleh anda mengganggu anda dan bimbang sama ada minyak yang disapu boleh memberikan kesan sampingan kepada kandungan anda. Namun jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, minyak tersebut hanya digunakan pada permukaan dan ia selamat untuk digunakan dan boleh melegakan ketidakselesaan atau sakit otot yang dialami. Tetapi anda digalakkan untuk berhati-hati semasa memilih dan kami sarankan anda merujuk kepada doktor terlebih dahulu.
Namun sekiranya gejala yang dialami oleh anda menjadi semakin melarat dan mengganggu anda, kami sarankan anda untuk pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.