Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Penglihatan kabur Dan gelap untuk sementara

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 25, 2021 5:07 PM

Sulit 30 hari

Saya wanita dalam 20 an, ketika saya bangun dari baring dan duduk, tiba2 mata saya jadi kabur Dan gelap sementara. Sejak dua hari ni saya mula sakit kepala dan sakit kat bahagian tengkuk. Adakah ia normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 30 hari
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.

Menurut keterangan anda, kami memahami anda mengalami masalah penglihatan iaitu ia menjadi gelap dan kabur apabila anda bangun dari posisi duduk. Anda juga mengalami sakit pada bahagian kepala dan tengkuk. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah penglihatan anda boleh disebabkan oleh kekurangan hemoglobin dalam badan (anemia) ataupun masalah postural hypertension. Kami tidak dapat memberikan anda kepastian tanpa maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal.

Mengenai sakit pada bahagian kepala dan tengkuk anda, ia boleh disebabkan oleh posisi badan yang kurang baik ataupun kekejangan otot. Sakit kepala juga boleh berlaku akibat kekurangan tidur, tekanan, dihidrasi dan rabun mata. Kami menggalakkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda serta mendapatkan rawatannya. Anda boleh mendapatkan pandangan doktor kami secara atas talian mengenai masalah ini.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.

Dikemaskini pada: Sat Sep 25 2021 17:07:29 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan pakar tentang masalah penglihatan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Ujian Swab PCR COVID-19 Ujian RTK COVID-19