
Sulit
5 tahun
Pening Kepala dengan Kerap
Assalamualaikum dan salam sejahtera Dr,
Saya kerap mengalami sakit kepala sehingga ke bahagian mata sejak akhir tahun lepas. Kebelakangan ni, kadang2 dalam seminggu ok, kadang2 2-3 kali seminggu. Biasanya, ketika sakit kepala simptom2 seperti berikut berlaku:
-Sakit belakang bebola mata, rasa seperti mata tersembul dan berdenyut
-Sakit seluruh badan (sendi)
-Sengal2 dalam telinga
Sakit kepala di bahagian kiri (depan) dan bahagian tengah kepala
-Angin (mual/muntah/kentut)
-Berdiri, rasa nak jatuh
-Kadang, bila tidur, dia ok bila bangun, kadang2 still sama
Biasa berlaku di waktu awal pagi, tengah hari/malam. Pernah ke klinik, diagnosis berbeza:
-Gastrik
-Migrain
-Darah rendah
Harap pencerahan pihak Dr dapat membantu saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.