
Sulit
4 tahun
Pening kepala kiri dan kanan hampir setiap hari
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya kerap mengalami sakit kepala di bahagian kiri dan kanan kepala. Kadangkala sakit itu saya alami di bahagian belakang. Dan bahagian yang paling kerap saya alami sakit kepala adalah pada bahagian kiri kepala. Saya sudah mencuba untuk makan ubat seperti panadol, uphamol 650 dan ada juga sampai saya terpaksa mengambil pil tahan sakit. Sakit kepala yang saya alami ini membuatkan saya sukar untuk tidur serta membuat kerja harian. Boleh dr bantu saya mengenai cara untuk atasi dan apakah puncanya saya sakit kepala?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit kepala yang anda hadapi. Sakit kepala semestinya boleh menyebabkan seseorang tidak fokus dalam melakukan aktiviti seharian. Memandangkan sakit kepala yang anda hadapi tidak berkurangan walaupun setelah pengambilan ubat-ubatan tersebut, ianya boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan. Antara penyebab sakit kepala berpanjangan adalah:
- Penyakit-penyakit am seperti kurang sel darah merah
- Jangkitan kuman pada sinus yang boleh menyebabkan sakit kepala sinus. (keradangan sinus)
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak
- Aliran darah ke otak yang tidak lancar akibat penyakit salur darah seperti kembungan salur darah ( Aneurysm ).
- Tekanan darah tinggi
- Masalah strok tahap awal
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi masalah anda, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut kepada doktor secara langsung. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.