
Sulit
5 tahun
Pening Kepala pada sebahagian kepala
Saya berumur 14 tahun.saya risau kerana 6 bulan lepas saya eksiden dan terhantuk melentang,tetapi tidak sakit sngat.2 hari ni saya rasa pening di belakang kepala dan sakit kepala pada sebahagian kepala sahaja.tetapi sakitnye tidaklah terlalu kuat.Adakah saya mengalami penyakit kanser otak dok

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jika anda kemalangan, anda seharusnya terus ke hospital bagi memastikan tiada kecederaan dalaman atau tambahan. Anda dinasihatkan untuk terus ke hospital dan ceritakan permasalahan anda agar tindakan lanjut boleh diambil. Setiap kali kemalangan, terutamanya kemalangan jalan raya, terus berjumpa doktor dan jangan merasakan kecederaan anda kecil kerana mungkin ianya membahayakan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit kepala boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah penglihatan seperti rabun dan silau
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Anda dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mata terlebih dahulu sebelum berjumpa doktor. Jika masalah anda berterusan, teruslah berjumpa doktor.
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.