
Anonymous
4 tahun
Pening kepala selama 2 bulan,dan merasakan badan tidak seimbang bila berdiri dan duduk
Sy wanita lingkungan 30an,berat dlm 69…setiap hari merasa pening kepala,loya,muntah,hilang selera makan,dan selalu merasa nak pitam…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Rasa seperti tidak seimbang ketika berdiri dikenali sebagai vertigo. Ia boleh menyebabkan hilang keseimbangan badan dan menyebabkan pergerakan yang tidak betul kerana sistem vestibul tidak berfungsi dengan cara yang sepatutnya. Ketidak seimbangan ini juga menyebabkan rasa loya dan muntah. Ia boleh terjadi dengan tiba-tiba dan bertahan untuk beberapa saat sahaja atau lebih lama.
Jika vertigo berlaku secara berterusan, anda perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Masalah ini boleh berlaku disebabkan masalah pada fungsi bahagian dalam telinga ataupun disebabkan oleh masalah pada bahagian otak. Vertigo adalah lebih kepada simptom. Oleh itu, ia boleh dilihat dalam beberapa masalah kesihatan seperti migrain dengan aura, benign paroxysmal positional vertigo (BPPV) ataupun labrynthitis. BPPV boleh menyebabkan beberapa episod pening dan kebiasaannya disebabkan oleh pencetus seperti posisi kepala seperti mendongak, baring atau bangun daripada posisi baring. Kebiasaaannya ia adalah tidak serius.
Jika episod BPPV berterusan berlaku, sila berjumpa dengan doktor dengan segera. Vertigo juga boleh disebabkan oleh migrain dengan aura, di mana terdapat perubahan sensori seperti melihat panahan cahaya. Migrain ini juga memberikan simptom yang terlibat dengan penglihatan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.