
ajaatahir
5 tahun
Pening tiap kali makan folic asid
Hi doc, saya kini hamil 6 minggu. saya telah diberi ubat folik asid untuk diambil sebiji utk 1 kali sehari selepas makan (pagi). keadaan saya akan pening selepas makan folik asid ini. boleh saya tahu kenapa ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, folic acid adalah merupakan sejenis ubat yang diberikan dengan tujuan untuk:
- mencegah kejadian kecacatan neural tube pada janin
- merawat anemia megaloblastic
Antara kesan sampingan yang boleh terjadi walaupun amat jarang adalah:
- kemerahan
- gatal
- lesi kulit
- alahan
- rasa tak sihat
- sesak nafas
Bagi mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih