
Sulit
3 tahun
Penjagaan diri dari covid19
Saya ada menggunakan spray gun yg diisi dengan cecair pembasmi kuman zero alcohol. Saya spray pada seluruh tubuh kanak-kanak dibawah 2thun dan saya dapati kulitnya kering dan kasar. Adakah ia kesan daripada saya spray tu? Adakah cara saya itu berkesan dalam mencegah covid19? Betul ke covid boleh mati dengan zero alcohol?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima aksih atas soalan yang ditanyakan
Berdasarkan soalan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kasar. Antaranya adalah:
- Cuaca dan persekitaran
- Tabiat mandi yang terlalu kerap
- Penggunaan sabun atau detergen yang terlalu kerap
- Penyakit dermatitis contact
- Masalah eczema
Anda boleh melakukan cara tersebut sebagai usaha untuk mencegah Covid 19, namun begitu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat maklumat yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini