
Sulit
4 tahun
Penyakit Bisul Dan Benjolan
Saya Ada Masalah Bisul, dan bisul saya tu dah pecah. Bisul kecil sahaja. Saya tahu itu bisul selepas saya perasan bau nanah ditempat bisul. Sebelum bisul tu pecah, bahagian yang ada bisul tu sangat sakit. Tapi lepas pecah dah tak sakit. Cuma, lepas picah saya perasan benjolan masih ada tapi tidak sebesar yang sebelum pecah Dan ianya sedikit sangat berasa sakit. Bisul pecah dalam 4 hari lepas. Soalan saya, macamana saya nak hilangkan benjolan tu ya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bisul ini adalah disebabkan oleh jangkitan kuman. Untuk menghilangkan benjolan ini, jangkitan perlu dirawat. Anda mungkin memerlukan krim antibiotik atau antibiotik makan untuk membasmi jangkitan tersebut.
Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian untuk mendapatkan preskripsi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.