Sulit
3 tahun
Penyakit Comedone acne
Saya wanita berumur 20 tahun.saya mengalami penyakit comodone acne dan saya lebih kepada whitehead dari bulan 8 sehingga sekarang. Saya hendak bertanya apakah produk yang paling berkesan untuk menghilangkan penyakit ini
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang jerawat.
Untuk makluman anda, saya tidak boleh mengesyorkan mana mana produk yang baik untuk pulihkan jerawat anda sekiranya saya tidak melakukan pemeriksaan secara bersemuka dengan anda. Terdapat banyak ubat jerawat yang boleh dipreskripsi mengikut kondisi anda. Sebaiknya anda ke klinik kulit untuk mengetahui kondisi anda dan ubat yang sesuai untuk anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Secara amnya, Jerawat memerlukan perawatan yang lama sehingga kurang lebih 6 bulan kerana jerawat adalah penyakit kronik. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan keparahan jerawat adalah:
- Cuci bahagian berjerawat sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
- Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
- Pilih pencuci atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
- Amalkan pemakanan sihat
- Bersenam untuk membaiki pengaliran darah
- Kurangkan stress
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.