Sulit
4 tahun
Penyebab sukar hamil
Sy wanita sudah berkhwin dn merancang untuk hamil… namun begitu pelbagai usaha telah sy lakukan… jumpa doktor… sudah berubat kg pun sudah… mengambil vitamin supplemnt sudah…tapi sy sering mengalami sakit di bhgian abdomen hingga ke bhgian kiri dan kanan rahim… ianya kadang datang teramat sakit kadang hilang…apakah punca tersbt…sy sdh berjmpa dgn doktr sakit puan dn sudah discan tpi tida menjumpai ap2…
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ovarian cyst
- Endometriosis
- Masalah sperma pasangan anda dari segi kualiti atau kuantiti
- Kanser ovari
- Tekanan emosi
- Berat badan berlebihan atau kurang
- Tahap hormon wanita yang tidak mencukupi
- Kencing manis atau penyakit kronik lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada pakar fertiliti atau reproduktif. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.