Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Penyebaran coronavirus

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Februari 24, 2020 6:34 AM

Sulit 5 bulan

Selamat sejahtera doktor… saya ingin bertanya. Adakah coronavirus boleh merebak apabila membeli barangan yang dibeli dari china kerana berkemungkinan besar penjual item tersebut menyentuh barangan yang dibeli. Adakah mungkin virus tersebut merebak melalui sentuhan kerana kita tidak tahu sama ada penjual tersebut dijangkiti ataupun tidak. Mohon pencerahan doktor… terima kasih

Dr Sashini Seeni 4 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, coronavirus adalah sejenis penyakit saluran pernafasan atas. Justeru, ia tersebar melalui cairan saluran pernafasan seperti batuk dan bersin. Antara yang boleh dilakukan bagi melindungi diri anda adalah:

  • Menggunakan topeng muka yang bersesuaian
  • Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin
    dengan tisu
  • Segera membersihkan tangan selepas bersentuhan dengan cairan batuk, hingus ataupun bersin.

Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (KKM COVID-19) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Feb 24 2020 06:34:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Jangkitan Coronavirus dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Pernafasan agak susah Hi doctor, Baru-baru ini saya mengalami susah untuk bernafas. Kadang hidung saya tersumbat tetapi hingus tidak mengalir, Saya mengalami bersin beberapa harini dan saya risau kalau bersin itu jug… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Ruam merah pada kaki sebelah kanan bahagian betis Mula dengan gatal2, skrg dia merebak ke kaki sebelah kiri dan bhg tangan sebelah kiri… dia timbul bintik2 merah yang jelas… saya ada baca ttg symptoms radang saluran darah… harap2 bukan sakit it… Baca lagi...
35 hari
Sulit
Covid 19 boler sebar melalui Bersin Salam Doctor… Saya ada pertanyaan. Rakan sekerja saya suka bersin dan tidak pakai Face MASUK… Hari ini dya bersin depan saya…tapi check suhu dya 36.8 sahaja Persoalan saya adakah covid 19 bol… Baca lagi...
40 hari
Sulit
Keresahan Melampau - Covid19 Sejak bermulanya wabak covid19, saya mengalami keresahan melampau. Saya akan memperuntukkan masa terlalu lama untuk menjaga kebersihan diri seperti basuh tangan yang kerap walaupun saya berada d… Baca lagi...
48 hari
Sulit
Covid 10 boleh sebar melalu barangan pos? Saya membeli barang online shoppe dari China. boleh kah terdapat sebarang virus dalam bungkusan dari China? Boleh kah virus tersebar melalui bungkusan kita dari CHINA? Baca lagi...
14 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi