Sulit

3 tahun

Perbezaan antara swab test dan rT-PCR Test

Berkenaan dengan perkara di atas. Apakah perbezaan antara kedua dua tersebut. Dan berapa lamakah keputusan kedua dua test tersebut untuk keluar. Terima kasih

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Untuk makluman anda, kedua-dua kaedah Swab Test dan RT PCR Test merupakan kaedah untuk mengesan jangkitan virus yang aktif yang sama iaitu menggunakan kaedah PCR test ataupun dikenali sebagai Polymerase Chain Reaction Test. Swab test ini juga digelar sebagai Swab PCR test.

Berikut merupakan perbezaan antara kedua-dua ujian saringan tersebut yang dilakukan untuk mengesan jangkitan virus, iaitu:

  • Swab test dilakukan melalui sample air liur atau mukus yang terdapat pada ruangan hidung atau mulut. Ia dikenali sebagai salah satu kaedah yang pantas untuk mengesan jangkitan virus (Rapid antigen test). Manakala ujian saringan RT PCR pula dilakukan melalui sampel darah yang diambil dan mengambil lebih masa untuk mendapatkan keputusan ujian tersebut.
  • Swab test dapat mengesan antigen virus yang dijangkiti seseorang, manakala RT PCR test merupakan ujian molekular, dimana ia berfungsi untuk mengesan bahan genetik yang dirembeskan oleh virus tersebut dalam darah.
  • Swab test digunakan untuk mengesan jangkitan virus yang aktif dan ia adalah sangat spesifik bagi pengesanan virus tersebut. Namun, kaedah ujian saringan ini mempunyai risiko tinggi untuk memberi keputusan yang salah mengenai jangkitan tersebut (false negative). Sekiranya keputusan swab test ini adalah negatif dan mengalami simptom-simptom jangkitan virus tersebut, seseorang itu akan diteruskan ujian saringan menggunakan RT PCR (ujian darah) bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan secara kesulurahannya.
  • RT PCR juga merupakan ujian saringan yang mengesan jangkitan virus yang aktif. Namun, ujian ini lebih sensitif berbanding swab test kerana ia mengesan kehadiran virus tersebut dalam darah secara langsung.
  • Tempoh untuk mendapatkan keputusan bagi ujian Swab test adalah seawal-awal 1-2 jam. Manakala bagi tempoh keputusan ujian RT PCR pula, dianggarkan ia boleh didapati selepas 5 hari atau seminggu.

Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menasihati anda agar untuk mematuhi SOP yang ditetapkan, jaga jarak sosial, memakai topeng muka, serta menjaga kebersihan diri sepanjang berada diluar rumah bagi memberi kerjasama untuk membanteras rantaian jangkitan COVID-19 yang tengah melanda di negara kita.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

iStock-1215373437

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)