
Sulit
4 tahun
Perbezaan pil perancang dan hormon
Saya berumur 20-an. Doktor di klinik beri sye pil hormon kerana haid tidak teratur. Tetapi pil hormon tu juga merupakan pil perancang berjenama pil perancang liza .Adakah bila sye bersama pasangan, saya boleh mengandung? Adakah pil perancang dan hormon itu sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk menjawab persoalan anda, pil perancang terbahagi kepada dua jenis, iaitu hormon progesteron sahaja dan gabungan hormon progesteron dan estrogen. Pil perancang tersebut merupakan salah satu cara untuk mengawal kitaran haid dan salah satu teknik perancangan keluarga.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Terdapat risiko untuk anda mengandung walaupun anda mengambil pil tersebut. Namun risiko dapat dikurangkan sekiranya pasangan anda menggunakan pelindung seperti kondom.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih mendalam daripada doktor pakar kami. Terima kasih.