
Sulit
4 tahun
Period datang lambat seminggu risau akan kehamilan
Saya melakukan foreplay dgn hanya menggesel kedua alat kelamin pada luar faraj bersama pasangan tanpa memasukkan zakar ke dalamnya dan pasangan tidak ejakulasi pada kulit saya. Adakah perkara ini dapat menghamilkan saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, air mazi boleh mengandungi sperma. Sperma yang sedikit ini masih berpotensi untuk menghamilkan pasangan anda. Oleh kerana anda tidak melakukan penetrasi, kemungkinan untuk hamil adalah sangat rendah.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.