Sulit
4 tahun
Period datang tapi banyak darah beku
Salam hi, saya umur 20-an dan sebelum ni period saya memang tak teratur disebabkan badan yg besar. Selalu datang dalam 3-4 bulan sekali, tapi ada waktu datang sebulan sekali. Tapi bila datang period, dia mmg keluar sikit je, kdg takkeluar sehari lepastu keluar, tapi hanya mcm dot dot saja. Situasi ni jadi start saya mula gemuk, dalam lebih kurang form 3/4. Haritu, saya ada pergi jumpa pakar Sakit Puan sebab period saya lebih 15 hari, and buat ultrasound, alhamdulillah doktor taknampak apa yg bahaya cuma hormon saya takbalance. Jadi doktor bagi saya ubat (Norethisterone) untuk dimakan 2 minggu and doktor kata selepas seminggu kebiasaannya period akan dtg balik. Jadi mmg period saya datang, tapi kalini lagi byk darah beku yg keluar. Adakah ni sebab period yg dah lama terkumpul dalam badan? ataupun salah satu sebab penyakit yg berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan dan kesan sampingannya
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk pengetahuan anda, pengeluaran darah beku adalah normal semasa haid dan ini merupakan darah yang lama. Selain itu warna darah haid juga berbeza-beza dari merah pekat sehingga ke coklat-kehitaman.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.



























