Sulit
5 tahun
Period lebih daripada 15 hari
saya remaja 19 tahun dan mengalami period yang tidak teratur . first day saya period hanya keluar sedikit sahaja darah kemudian selang 2 hari baru keluar darah merah itu pun hanya 3 hari sahaja keluar dan sedikit daripada bulan sebelumnya kemudian keluar lendir coklat. tapi pada hari ke 14 sehingga hari ini iaitu hari ke 17 start balik keluar banyak darah dan mengalami sengugut apa yang saya patut buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan perubahan period anda, period yang tidak teratur. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda mengalami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Stress
- Gaya hidup yang tidak teratur
- Bersenam berlebihan
- Peningkatan berat badan atau penurunan berat badan secara ketara
- Penyakit lain seperti hipotiroidisme atau hipertiroidisme, sindrom ovarium polikistik (PCOS), prolaktinoma dan lain.
- Pengambilan sebarang ubatan seperti pil perancang dan lain
Faktor-faktor atas biasanya menyebabkan gejala yang anda mengalami ini. Punca gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Sakit Puan


























