
hanim.srssb
5 tahun
Period sedikit adakah mengandung
Masuk hari ini hari yang ke 30 selepas saya datang haid. Kalendar track period saya menunjukan yang sepatutnya hari ke 28 saya akan period, tapi pada hari tu yang keluar adalah darah bercampur dengan lendir dan sangatlah sedikit, bila buang air kecik sahaja baru ada. Tapi semenjak seminggu yang lalu perut saya kerap terasa senak dan saya tiap pagi akan pening sehingga lah ke hari ini. Darah seakan mahu tak mahu aja keluar, padahal saya seorang yang regular normal period tiap bulan. Persoalan saya, adakah itu tanda saya mengandung ? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman pihak anda, pendarahan yang sedikit boleh disebabkan oleh implatasi kehamilan atau pendarahan kecil yang normal pada awal kehamilan. Namun begitu, anda disarankan untuk membuat ujian kehamilan untuk mengetahui status kehamilan anda kerana haid lewat dan pendarahan yang sedikit juga boleh disebabkan oleh masalah lain.
Antara penyebab haid lewat adalah:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.