
farahnorhazeli
5 tahun
Period selepas keguguran
Salam sejahtera…sy bru keguguran…lebih kurang 1-2 minggu darah dah takde…minggu ke 34 darah ade lgi… Ada rasa seperti senggugut… Adakah itu darah haid?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk pengetahuan puan, terdapat beberapa jenis keguguran seperti:
- keguguran lengkap
- Keguguran tidak lengkap
- Keguguran septik.
Keguguran tidak lengkap yang bermakna saki baki janin tidak keluar sepenuhnya ini boleh menyebabkan simptom yang sedang puan alami seperti keluar ‘spotting’, keputihan mahupun cecair coklat. Oleh itu, puan disarankan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk memastikan keguguran puan adalah lengkap untuk mengelakkan komplikasi yang tidak diingini pada masa hadapan.
Selepas keguguran, haid akan kembali dalam jangka masa 21 hingga 35 hari. Berkemungkinan juga darah yang mengalir tersebut merupakan darah haid. Namun begitu pendarahan bukan darah haid boleh disebabkan perkara lain seperti:
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim yang kebetulan pecah
- Tisu endometrium dari sisa haid sebelumnya
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.