
emyleechua05
4 tahun
Period tak teratur sukar untuk saya hamil
hye doktor sy nk tanya punca period tak teratur…dan sy sukar hamil sbb tak tahu masse subur…ade cara penyelesaiannye tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Kitaran haid wanita yang normal biasanya antara 28 hingga 30 atau 32 hari. Ada masanya, kitaran haid berubah menjadi pendek atau panjang, melangkaui 40 hari.
Secara purata, tempoh subur wanita biasanya pada hari ke 14 hingga 18 setiap bulan. Jika wanita itu mengalami kitaran haid yang panjang, ovulasi mungkin berlaku antara hari ke 14 hingga 26.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.