
Sulit
4 tahun
Period tak teratur, tidak ada apa2 simptom pregnant
hi doc. sy ada masalah period tak teratur selepas kawen. baru setahun berkahwin. sebelum kawen period sy teratur. cycle period sy sudah dua kali lambat sehingga 44 hari. dan kalini kitaran sehingga 51 hari, 18 hari lambat utk datang period. bila check upt negative. tq doc

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak sebab yang boleh menjadikan haid seorang wanita tidak teratur seperti :
- Ketidakseimbangan hormon
- Ovulasi atau Ovulation Spotting
- Penyakit yang menyebabkan anda tidak berovulasi
- Masalah tiroid
- Stress atau kegelisahan
- Penggunaan kontraseptif
- Penyakit sista ovari (PCOS)
- Endometriosis (Ketumbuhan tisu rahim pada luar rahim)
- Ketumbuhan polip atau fibroid
- Jangkitan kuman pada serviks atau rahim
- Kehamilan ektopik
- Kanser rahim atau ovari
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.