Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period terlebih banyak

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 20, 2022 6:32 PM

Sulit 12 bulan

Saya wanita 20an dan saya mengalami darah haid yang tak seperti biasanya, dan bercampur ketulan yang besar²…

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 12 bulan
General Practitioner

Salam hormat.

Kebimbangan anda boleh difahami dan saya akan melakukan yang terbaik untuk membantu.

Pendarahan haid merupakan pendarahan daripada lapisan rahim. Masalah haid tidak teratur merujuk kepada kestabilan kitaran haid dan boleh menyebabkan kerisauan serta keresahan golongan wanita yang mengalaminya.Tempoh kitaran haid berbeza-beza bagi setiap wanita, tetapi purata haid adalah setiap 28 hari. Kitaran biasa yang lebih lama atau lebih pendek daripada ini, dari 21 hingga 40 hari, adalah normal. Pendarahan haid yang tidak lancar boleh disebabkan punca seperti:

  • Sindrom ovari polikistik (PCOS)
  • Fibroid, endometriosis
  • Penyakit radang pelvis
  • Ubat dan rawatan, termasuk beberapa ubat antikoagulan
  • Tekanan emosi
  • Pil perancang

Gumpalan dalam darah haid dianggap normal jika ia bersaiz suku atau lebih kecil dan hanya berlaku sekali-sekala. Walau bagaimanapun, jika ia kerap berlaku (lebih daripada tiga kali berturut-turut) disertai dengan haid yang berat dan lebih besar daripada satu perempat, anda harus mendapatkan nasihat doktor.

Dengan berbuat demikian, punca sebenar gangguan kitaran haid boleh ditentukan dan rawatan yang sesuai boleh dimulakan untuk membantu memulihkan kitaran haid.

Saya harap maklumat yang diberikan dapat membantu anda. Terima kasih

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Tue Sep 20 2022 18:32:58 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.