
Sulit
4 tahun
Period tidak teratur. Kadang lewat, kadang awal. Adakah punca selalu angkat berat? Tetapi bila mengangkat berat, saya akan duduk terlebih dahulu supaya tak sakit belakang
salam sejahtera. saya berumur 18 tahun. Tarikh haid saya adalah 20 hari bulan. Tetap sejak tiga empat bulan kitaran haid tidak stabil. Kadang haid datang 19 hari bulan ataupun 21 hari bulan. Bulan lepas haid datang 24/11. Tapi hari ni haid datang pada 14/12. Normal ke tidak?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terhadap masalah haid anda yang tidak teratur. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid untuk wanita yang normal adalah antara 21 ke 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah antara 2 ke 7 hari. Berdasarkan kenyataan yang anda berikan di ruangan soalan, ia adalah normal tetapi pemeriksaan lanjut perlu dibuat kerana dikhuatiri anda mempunyai masalah lain.
Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang boleh mendapat masalah haid tidak teratur:
- Tekanan emosi
- Jadual dan aktiviti harian yang terlalu sibuk dan padat
- Ketidakstabilan hormon
- Sindrom polisistik ovari (polycystic ovarian syndrome)
- Ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Ini hanyalah pandangan kami secara am dan kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Buat masa ini kami sarankan anda untuk merekodkan kitaran dan aliran haid anda pada setiap bulan supaya anda dan doktor dapat melihat bentuk kitaran haid anda.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas daripada doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.