
Sulit
5 tahun
Period tidak teratur setiap bulan..kdg2 dtg kdg x dtg
Sy berusia 30 thn sudah berkahwin pada thn 2011…skrg usia perkahwinan sy dah 9tahun…sy mngalami masaalah period x teratur😓 .selalunya period sy hari pertama bnyk sgt…keesokan nya hilang xde lngsung darah…hari ke 4 tiba2 bnyk pula kluar… berketul2…sy buntu sgt…kdg smngu lbih tu hnya 2,3hari je drh kua tu pun different days…mcm mna ya doctor…bntu lh sy…peruod st

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman pihak anda, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh pelbagai kemungkinan antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.