
nurulainnabila509
3 tahun
Period warna coklat saya sudah berkahwin
sya mlakukan kerja rumah , slepas itu mendpat ada cecair kluar berwarna coklat pekat dan samar samar darah . sya sudah berkhwin slama 1 bulan . tarikh period sya hbis pada 19/6/21

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, pendarahan yang berlaku antara dua waktu haid boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya :
- Kecelaruan hormon dalam badan yang boleh disebabkan oleh penggunaan ubat perancang
- Fibroids
- Jangkitan pada sistem reproduktif
- Penyakit radang pelvis
- Ketumbuhan pada serviks ataupun rahim
Pendarahan spotting juga boleh berlaku sekiranya anda hamil. Pendarahan ini dinamakan ‘implantation bleeding’. Sekiranya masalah ini berterusan, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama doktor pakar sakit puan kami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor pakar sakit puan.