Sulit
3 tahun
Perkaitan sakit tulang belakang dengan sakit jantung ASD
Saya wanita berusia 23 tahun, mempunyai masalah jantung ASD dan sedang menunggu rawatan susulan. Pada masa yang sama, tulang belakang saya kerap sakit dan tak boleh duduk lama. Kadang-kadang saya sukar bernafas ketika baring secara menegak. Adakah ada kaitan sakit tulang belakang dengan sakit jantung saya eh? Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang penyakit ASD dan sakit tulang belakang.
Untuk pengetahuan anda, tiada kajian yang menunjukkan penyakit ASD boleh menyebabkan sakit belakang. namun gejala sukar bernafas adalah biasa berlaku dalam kalangan pesakit ASD. Sakit belakang anda mungkin disebabkan oleh perkara berikut :
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Sciatica
- Masalah pada organ sekitar tengah dada seperti jantung dan paru paru
Pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!