Sulit
2 tahun
Perlukah saya kuaratin diri dari pesakit covid
Saya berjumpa dengan adik ipar saya , dan dia disahkan positive covid19 . Saya tidak bersentuhan dan saya hanya duduk dilaman rumah sambil makan tanpa mask bila berhadapan dengan nya . Adakah saya perlu asingkan diri saya dengan semua orang ? Kerana saya mempunyai anak kecil yang masih saya susukan secara direct .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan
Melalui keterangan anda diatas, anda ingin tahu adakah anda perlu kuarantin dan tergolong dalam golongan kontak rapat. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda mengenai hal ini.
Untuk makluman anda, kontak rapat COVID-19 adalah mereka yang berhubung rapat dalam lingkungan SATU meter dengan kes yang telah DISAHKAN POSITIF. Menurut KKM juga, kontak rapat adalah dikategorikan kepada kumpulan berikut:
- Pendedahan daripada penjagaan kesihatan, seperti petugas kesihatan yang mengendalikan kes Covid-19 tanpa kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) sewajarnya, pelawat, dan pesakit di dalam wad sama dengan pesakit Covid-19.
- Orang yang bekerja bersama pesakit Covid-19 dalam persekitaran yang rapat, atau berkongsi bilik kelas dengannya.
- Orang yang membuat perjalanan bersama pesakit Covid-19 dalam apa jenis pengangkutan pun.
- Orang yang tinggal dalam rumah yang sama dengan pesakit Covid-19.
Kumpulan yang wajib membuat ujian saringan ( swab test ) adalah kontak rapat dan mereka yang mempunyai gejala. Anda dikira kontak rapat dan perlu mengasingkan diri dan dapatkan ujian saringan.
Oleh itu sila rujuk perkara ini lebih lanjut dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diperlukan mengenai masalah anda.
Anda boleh membuat ujian saringan sendiri atau menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ) bagi informasi tambahan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
[email protected]
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini