
Sulit
3 tahun
Perlukah saya mengambil suntikan kuatkan rahim kerana saya telah gugur sebanyak 2 kali sebelum mengandung anak ketiga ini
Assalamualaikum dr , saya berumur 22 tahun dan saya pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali… sekarang saya mengandung anak yang ketiga , adakah saya boleh pergi ke klinik untuk mengambil suntikan kuatkan rahim? kerana saya risau akan terjadinya kejadian seperti sebelum ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, masalah keguguran boleh disebab oleh beberapa faktor, contohnya status mental ibu, keseimbangan hormon, struktur rahim, masalah genetik, kesihatan ibu dan lain.
Sebelum ambil sebarang ubat, anda boleh merujukkan masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan nasihat dan arahan yang lebih lanjut untuk memastikan kesihatan kandungan anda kali ini. Mungkinnya doktor akan menjalani periksaan dan penyelidikan seperti imbasan ultrasound dahulu serta bincangkan rancangan rawatan yang sesuai untuk anda.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).