Sulit
2 tahun
Pernah buat breast filler dan terasa gatal
Hello doctor,sebelum ini sy pernah buat breast filler,tapi selepas buat,timbul rasa gatal hampir setiap hari di bahagian bekas tempat injection dan kelihatan seperti eczema ,kemerah merahan,boleh tak doctor advise?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami di bahagian payudara dan ia mengganggu kehidupan seharian anda. Jangan risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Breast filling merupakan prosedur yang dilakukan untuk membesarkan payudara untuk tujuan kosmetik dan estetik. Prosedur ini juga perlu dilakukan oleh doktor yang bertauliah kerana breast filling merupakan prosedur invasif dan mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri.
Antara kesan sampingan prosedur breast filling adalah:
- Keradangan payudara
- Radang payudara
- Kegatalan di kawasan suntikan atau sekitar payudara
Pemeriksaan menyeluruh payudara perlulah dilakukan untuk memastikan implan tersebut dijangkiti ataupun tidak. Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atass talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.