Sulit
3 tahun
Pertama kali period 2 kali sebulan
saya berusia 17 tahun , pada bulan yang lalu saya tidak period , tetapi pada bulan ini period pertama saya berlangs ung pada 3 /6 manakala period kedua saya berlangsung pada26/6 ,dan saya dapati darah yg mengalir kalini lebih banyak .
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Masalah ini sering berlaku kepada wanita lebih-lebih lagi jika pada awal haid. Namun, ia juga boleh disebabkan masalah struktur wanita dan saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi. Hal ini kerana, untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
- Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Memandangkan ini pertama kali anda hadapi, bagi mengelakkan maslah ini berulang, anda digalakkan bersenam dan makan makanan sihat kerana kedua-duanya boleh membantu mengekalkan kitaran haid yang normal. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.