Sulit
2 tahun
Perubahan tabiat dan sikap yang sukar untuk dikenalpasti
Saya bertanya bagi pihak kawan saya. Dia seorg student perempuan berumur 21 tahun. Dia mengalami beberapa ciri bipolar disorder seperti:
-berbelanja terlalu banyak tanpa keperluan dalam satu masa.
-mudah marah
-mudah menangis
-perubahan waktu tidur dan selera untuk makan
-bercakap laju dan susunan perkataan yang tidak betul serta beberapa lagi. Keadaan ni berlaku sejak 8 bulan yang lalu. Dia juga hilang minat terhadap lelaki dan timbul perasaan suka terhadap wanita cantik tetapi tidak semua dan tidak keterlaluan, ia hanya berakhir setakat suka melihat .Soalan saya bagaimana untuk menentukan sama ada keadaan ni adalah normal dan akan pulih dengan sendiri atau perlu rujuk kepada pakar untuk pengesahan dan rawatan.
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih kerana mengajukan soalan.
Mengikut ajuan anda,kawan anda mengalami perubahan tabiat yang luar biasa dalam 8 bulan yang terdekat dan anda ingin mengetahui jikalau keaadaan ini adalah normal.
Anda juga ingin mengetahui jikalau ianya akan pulih dengan sendiri dan jikalau kawan anda memerlukan rujukan pakar.
Kami memahami kebimbang anda dan akan cuba membantu.
Sesuatu masalah sebegini semestinya menerima rujukan pakar agar kawan anda dapat diperiksa dengan lebih teliti dan lanjut dan diagnosis sebenar boleh dikenal pasti.
Masalah sebegini juga jikalau dikenal pasti oleh seseorang pakar psikiatri dengan lebih awal dapat membantu kawan anda dengan lebih baik.
Anda boleh berhubung dengan kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu kawan anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan ini membantu anda.Terima kasih
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri