
Anonymous
5 tahun
Perut belah kanan Sakit (Right Lower Abdominal Pain)
Sy seorg wanita berumur 27 tahun dan sedang bekerja. Sy telah mengalami kelewatan period selama 16 hari dan 3 hari lepas sy telah membuat ujian kehamilan di rumah. Saya mendapati bahawa saya positif hamil. Selama 3 hari berturut saya telah membuat ujian kehamilan dan mendapati ketiga-tiga kit tersebut adalah positif. Sejak semalam saya telah merasakan perut belah kanan (right lower abdominal) sakit. Mohon penjelasan daripada doktor.Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Kehamilan ektopik
- Kista (cyst) Ovari terbelit
- Fibroid pecah/berdarah
- Sembelit
- Radang apendiks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.