Sulit
6 tahun
Perut berbunyi and sakit dibahagian kiri perut
saya adalah wanita 20-an… saya nak tanya doctor klau perut always berbunyi seperti tengah lapar sangat2. perut jd sakit dibahagian kiri perut, kadang2 sakit tu beralih ke bahagian tengah perut, bawah tulang rusuk dan menyebabkan sukar untuk bernafas… bila tekan ditempat yang sakit tu, terasa seperti ada suatu benjolan dan berdenyut seperti jantung tp denyutannya kuat…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- masalah usus besar seperti - sembelit, keracunan makanan
- Masalah ovari - seperti ovulasi, ovari terbelit, radang ovari
- Masalah saluran kencing dan buah pinggang - akibat batu karang atau jangkitan kuman
-Masalah saluran darah aorta - seperti aneurisma
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































