
Anonymous
5 tahun
Perut besar dan sakit
saya wanita belum berkahwin berumur 29 tahun, saya mengalami sakit perut selama hampir 1 tahun dan, tapi sejak kebelakangan ni perut saya setiap hari sakit tidak kira masa dan perut saya agak membesar seperti pregnant 2 bulan, saya disarankan oleh doktor untuk membuat pelvic scan dan abdomen scan, doktor mengatakan upper perut saya agak keras, tidak pasti sama ada bloating ataupun benda lain, bolehkan doktor terangkan kebarangkalian apakah penyakit yang mungkin terlibat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
• Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
• Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
• Radang pankreas atau pancreatitis.
• Jangkitan paru-paru boleh menyebabkan sakit perut yang lebih sakit semasa batuk.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.