
syahda282
6 tahun
Perut cramp di bahagian kiri perut
Saya berumur 23 tahun dan bekerja sebagai assistant HR di sebuah syarikat. Saya sudah berkahwin pada bulan 2 tahun ini. Kami merancang untuk mendapatkan anak. Dan kami melakukan hubungan badan di waktu subur saya mengikut kalendar di apps. Semasa pertama ovulasi saya mengalami cramp di bahagian bawah perut dan juga kawasan kemaluan saya dalam beberapa minit dan saya juga mengalami simptom simptom pregnancy sepanjang sebelum haid datang. Seperti nyeri dan tegang payudara. Sering buang air kecil dan sensitif dengan bauan. Pada 8 DPO saya sudah buat pregnancy test dan saya lihat macam ada garisan yang sangat pudar pada satu lagi line. Dan saya cuba test pada 9 dan 10 DPO menggunakan alat yang lain. Tapi negatif. Due date period saya esok. Tapi pagi ini saya spotting dalam dua titik. Kemudian pagi semasa saya pergi kerja ada spotting 3 titik. Dan seterusnya semasa saya buang air kecil keluar darah. Saya mengalami cramp di bahagian kiri perut yang teruk sangat sehingga sekarang. Apakah saya hamil?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anda mengandung tetapi hormon terlalu rendah untuk dikesan
- Kerosakan alat ujian kehamilan
- Salah cara penggunaan alat ujian kehamilan
- Anda hamil kembar : dalam kedaan ini, kehamilan kembar menyebabkan kandungan hormon terlalu tinggi dan tidak dapat dibaca oleh alat ujian kehamilan
- Kehamilan ektopik (luar rahim) : Ini adalah merbahaya dan perlu segera dikesan
Manakala spotting seperti yang anda nyatakan boleh disebabkan oleh
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.