
Sulit
4 tahun
Perut di bahagian atas terasa panas selepas makan
Saya lelaki berusia 31, sy mengalami masalah selepas makan berasa panas, dan sering membuang anbgin, untuk makluman dr. sy tiada masalah gastrik. perkara ini disedari saya apa bila sy terlewat makan lunch selama 2 hari. perasaan perut mengelodak terjadi kepada saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah anda.
Untuk makluman anda, kondisi sebegini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Penyakit GERD
- Gastrik
- Penyakit jantung
- Penyakit berkaitan muskuloskeletal
Untuk menegtahui punca sebenar, pemeriksaan fizikal dan ujian klinikal perlu dilakukan di klinik. Oleh itu saya menasihatkan anda untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk tindakan dan rawatan lanjut sekiranya hal ini berpanjangan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.