
Sulit
4 tahun
Perut kembung, sendawa keluar gas busuk
Sy berumur 41 tahun, wanita. Perut sy selalu mengembung tiba2 dan tekak sy akan sendawa serta mengeluarkan gas/bau busuk. Selalunya sy cirit atau keracunan yg akan keluarkan bau gas spt tu. Kerap juga buang air besar dan kentut, kadang2 buang air keluar air dan selalunya najis. Setelah buang air besar, perut akan mengembung semula dan kentut dan gas pun akan ada semula. Selalunya berterusan sehingga 4@5 hari. Tq doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Berdasarkan masalah yang anda perihalkan di atas, terdapat kemungkinan bahawa masalah sakit perut dan perut kembung berikut boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Penyakit refluks esofagus (GERD), dimana asid perut telah naik sehingga ke salur pemakanan (esofagus) anda.
- Ketumbuhan ulser pada perut yang boleh disebabkan oleh iritasi asid yang berlebihan, serta jangkitan kuman, khususnya Helicobacter Pylori .
- Masalah gastrik anda atau keradangan perut yang tidak terkawal.
- Jangkitan virus pada perut ( Viral gastroenteritis )
- Kanser perut, terutama sekali jika anda mengalami keletihan atau penurunan badan yang mendadak. Anda juga akan rasa seperti terdapat ketulan keras pada bahagian perut.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.