
Sulit
4 tahun
Perut keras, sesak nafas dan susah nak buang air besar
Saya Aizal 30 tahun, sebelum ini saya ada gerd dan gastrik pada waktu 1tahun lepas… tapi selepas 1 tahun gastric dan gerd menyerang balik sehingga saya sesak nafas, dan perut saya sangat keras dan susah nak buang air besar atau buang angin, ape kah punca ye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu perut terasa keras, sesak nafas dan kesukaran untuk membuang air besar. Untuk makluman anda, masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Gejala GERD yang muncul kembali
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus, Irritable bowel syndrome
- sembelit
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.