
Sulit
4 tahun
Perut memulas/kram jika zakar tegang/ereksi
Saya lelaki di awal 20-an. Akhir-akhir ini, jika mengalami ereksi, zakar akan tegang tapi pada masa yang sama, perut akan mula memulas/kram. Akibatnya, saya akan mengalami cirit-birit atau sakit perut. Walaupun hanya ‘morning wood’, kesakitan perut pasti menyusul. Kenapa ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot ari-ari anda tegang
- Radang prostat
- Radang pundi kencing
- Jangkitan kelamin/jangkitan saluran kencing
- Angin pasang
- Irritable bowel syndrome
- Keracunan makanan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor urologi kami untuk pertanyaan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.