
Sulit
5 tahun
Perut mengeras dekat pangkal rahim
saya pregnant 23weeks,stiap kli abis mkn wlu sikit perut sy akan mengeras dan buat sy rasa mual pening dan nk muntah knp ye doktor? pgerakan bby dpt rasa jg . cuma perut keras dan buat sy agak sukar bernafas

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, secara amnya ibu mengandung akan merasakan keras perut akibat daripada kandungan yang menolak organ abdomen ke atas. Walaubagaimanapun, ia juga boleh disebabkan oleh pemakanan yang terlalu laju, ketidakhadaman, kurang serat dalam makanan dan juga pengambilan air berkarbonat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.