Sulit
3 tahun
Perut susah membuang
saya perempuan berusia 17 tahun. saya menghadapi sukar membuang air besar walaupun saya makan makanan yang berkhasiat & minum air kosong yang banyak tetapi susah membuang air besar. tetapi apabila saya amik ubat sembelit baru dapat membuang, bila tak amik tak akan membuang. so adakah masalah ini series ataupun disebabkan hormon…
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami,
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak anda. Walaubagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak anda.
Sukar membuang air besar, sering dikaitkan dengan sembelit atau konstipasi. Ia boleh berpunca dari perlbagai jenis masalah seperti:
- tabiat pemakanan yang kurang sihat
- kurang serat & air
- produk tenusu yang berlebihan
- gaya hidup yang kurang aktif
- sering menangguh buang air
- tekanan atau kebimbangan
- kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- efek sampingan dari ubat
Atau penyakit seperti
- Irritable bowel syndrome(IBS)
- Penyakit radang usus.
- Kanser usus (biasanya disertai penurunan berat badan yang drastik dan usia tua
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.