Sulit
3 tahun
Perut tidak selesa,angin diikuti dengan sakit kepala
saya mengalami ketiga-tiga gejala ini lebih kurang 3hari termasuk hari ini. Bermula dengan saya sakit perut yang memulas pada 15/3, hampir 2jam saya menahan kesakitan untuk membuang air besar. Selepas dari itu saya merasakan hari2 saya mengalami ketidakselesaan pada perut,pening,lesu,sedikit demam pada suhu 37.2 masuk hari ketiga. Hari pertama ambil darah mereka suspek denggi, masuk hari ke2 platelete dalam bacaan yang normal. Hanya bacaan sel darah putih yang rendah menjadi 2.8. Sebaik saya sembuh dari demam, pada 4/4 saya mengalami masalah ketidakselesaan perut semula diikuti dengan kembung, sendawa, sakit kepala, pening, tidak selera makan, lidah berasa payau. Doc hanya bagi ubat gastrik,sakit perut dan angin.
Soalan saya, adakah saya mengalami masalah usus luka sehinggakan, sakit yang dialami berterusan dengan simptom yang hampir sama? Adakah saya mengalami gastrik yang teruk? Apakah yang patut saya lakukan
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit ulser perut
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
- Penyakit jantung - sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau sejarah kekeluargaan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.































