Sulit
4 tahun
Pesakit Covid 19 yang sudah membuat rt pcr
Saya ada beberapa soalan CT value (RdRp gone) 29.85… manakala CT Value (E gene) 27.14… adakah virus yang ada pada saya berisiko tinggi untuk berjangkit atau pun virus sudah mula mati ?? Boleh ke saya bergaul dengan orang yang negatif seperti isteri dan anak2 saya dengan mengamalkan pemakaian pelitup muka ?? Jawapan dari doktor amat saya hargai…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
CT value ataupun cycle threshold adalah nilai dalam ujian PCR untuk mengesan SARS-CoV-2 coronavirus. Biasanya dalam ujian RT PCR mempunyai kurang daripada 40 kitaran untuk mendapatkan bacaan positif.
Jika pengesanan CT value adalah rendah boleh bermakna:
- Kesan virus (virus load) dalam badan adalah tinggi
- Jangkitan Covid-19 adalah dalam peringkat awal
- Pengesanan kes dan ujian di RT PCR di buat di peringkat awal jangkitan
- Kebolehjangkitan adalah tinggi ketika ini jika terdedah kepada individu lain.
- Salah satu kemungkinan kesan mutasi protein ‘ spike’ atas permukaan virus yang boleh meningkatkan kebolehjangkitan dengan virus load yang tinggi.
Jika didapati CT value adalah tinggi ini bermakna;
- Jangkitan berada di peringkat akhir
- Kebolehjangkitan adalah di paras rendah
- Pengesanan kes dan ujian RT PCR dijalankan di peringkat lewat
- Ada kemungkinan jangkitan kes dalam peringat pemulihan
- Pengambilan sampel yang kurang sesuai atau tidak dihantar dalam suhu sesuai ke Makmal.
- Pengesanan saki baki virus sahaja.
- Juga didapati dalam satu kajian di IMR, beberapa sampel klinikal yang mempunyai PCR Ct value 32 dan ke atas telah dimasukkan dalam sel sesuai untuk membiak virus. Namun tiada sample yang berjaya menghasilkan virus hidup dan ini menunjukkan risiko rendah kebolehjangkitan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat keterangan soalan anda yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































